Jom menTarbiyyah diri dengan alunan ayat suci Al-Quran

Jom menTarbiyyah diri dengan alunan ayat suci Al-Quran

Tuesday, January 7, 2014

Bye korang ;)


Harini nak bertolak ke asrama ...Hope korang x lupakan aku la

Amirah Najihah
Nur Alaika Salihah
Anis Farhana
Nur Al-Fatihah
NUrul Aida
Siti Nurizzatee

In Sya Allah ,hubungan kita berkekalan till jannah....ok la da xde masa da ni nak tulis....JUmpa lagi ....bye...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

#kawan2 aq wajjib baca :)

Thursday, December 26, 2013

Pesan ANA

P E S A N ana sebelum kamu ke taman syurga malam ini.

Kalian berjalanlah , tuju lah ke LANTUNAN MAHABBAH malam ini dengan penuh rasa diri kamu berdosa , hina , bodoh di hadapan Allah dan manusia......

di dalam sana nanti kamu banyakkan selawat dan istighfar  :(

HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN Daripada Abi Nijih 'Irbadh

HADITH SAHIH TENTANG A K H I R     Z A M A N  

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh
Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami
ketika mendengarnya, lalu kami berkata,

''Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat
yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."

Lalu baginda pun bersabda,

"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta
taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan
sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui
kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu
dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

~Riwayat Abu Daud dan Tirmizi~

Keterangan:
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah
saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan
kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah
disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan
Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh
kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis
Nabi saw.

3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al
Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli
sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat
jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.

4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang
ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan
contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang
baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya
dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).



Tuesday, December 3, 2013

Hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih & Pembenci?

Hukum mempelajari dan mengamalkan Ilmu Pengasih & Pembenci?




Soalan
Bolehkah dipercayai ada orang boleh membuat ilmu pengasih atau ilmu pembenci yang boleh didapati daripada pembuatnya dengan harga ribuan ringgit untuk tujuan pengasih atau pembenci. Bagaimanakah pandangan syarak dalam kes-kes seperti ini yang sering disebut berlaku dalam masyarakat kita?

Jawapan
Ilmu pengasih atan ilmu pembenci, ia merujuk kepada ilmu dan pengetahuan. Meski pun manusia diwajibkan mempelajari ilmu, namun ada ilmu yang dibenci dan ditegah oleh syarak khususnya ilmu yang boleh membawa kerugian yang nyata di dunia dan akhirat. Bagi limu pengasih atau ilmu pembenci, saya lebih cenderung untuk meletakkannya dalam kelompok ilmu sihir.
Melakukan sesuatu ikhtiar dengan berdoa ke hadrat Allah SWT atau untuk memperbaiki diri, meningkatkan penampilan diri, menjaga tutur kata dan akhlak mulia boleh menjadi penyebab seseorang itu dikasihi. Itu memang dibenarkan kerana ia adalah usaha atas jati diri atau usaha ‘gentleman’ untuk menaik­kan prestasi diri sehingga dikasihi.
Tetapi mengikhtiarkan sesuatu limu yang diketahui sebagai ilmu pengasih, inilah yang sebagaimana disebut dalam hadis yang disabdakan oleh Rasulullah saw. yang mahfumnya;
“Sesungguh­nya jampi mentera yang meng­gunakan perkataan terlarang dan tangkal menangkal dan at-tiwalah adalah perbuatan syirik.” (Hadis sahih – Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Daud dalam sunannya)
Ibnu Mas’ud ketika menghurai makna perkataan ‘attiwalah’ me­ngatakan; “Ada sesetengah perempuan atau lelaki, mengguna­kan sejenis tangkal atau seumpamanya, dipakai pada dirinya dengan tujuan menambat atau menyebab­kan dirinya lebih dicintai oleh orang lain, maka perbuatan itu adalah sejenis sihir.” Ertinya, Ibnu Mas’ud meng­anggap ilmu pengasih dengan ikhtiar yang sedemikian tadi sebagai ‘at-tiwalah’, sebagai perbuatan syirik.
Dalam kitab Ibnu Mas’ud di halaman 32, juga ada menyebut yang bermaksud Hukum-hukum jampi mentera dan tangkal-tangkal seperti benang-benang dan simpulan padanya yang dibawa jampi khusus untuk dipakai oleh perempuan atau lelaki dengan tujuan dia dicintai, yang disebut sebagai ilmu pengasih adalah termasuk dalam ‘at-tiwalah’.
Oleh itu ilmu pengasih yang digunakan daripada kaedah mengambilnya (mempelajarinya) dari seseorang untuk dipakai atau kadang-kadang diberi makan dan bahan sihir yang kotor amat ditegah oleh Islam untuk mengamalkannya.
Demikian juga orang yang meng­gunakan kaedah yang sama untuk memisahkan seseorang dengan se­seorang yang lain apatah lagi memisahkan dua orang yang berkasih kerana Allah ataupun antara suami isteri yang rumah tangga mereka ru­kun damai, tidak dengan cara nyata, digunakan cara halus.
Ilmu pembenci ini jelas ditegah oleh Islam. Firman Allah (Surah aI-Baqarah ayat 102);
AlBaqarah102
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
Saya rujuk dalam Tafsir al­-Qurthubi juzuk kedua halaman 55, dalam tafsiran petikan ayat ini menyebut; “Tidak boleh dinafikan bahawa sihir mempunyai kesan pada hati-hati manusia dengan memaksakan kasih kepada mereka atau menjatuhkan kebencian yang melampau sehingga jika mereka bersuami isteri, pembenci itu boleh menyebabkan perceraian.”
Demikian juga perbuatan angkara makhluk halus ini boleh membolak-balikkan hati manusia, risau tidak menentu, sakit hati (menyampah) tidak tentu pasal sehingga membawa kepada kemurungan.
Semua yang tersebut di atas dapat dilihat dengan nyata dalam penghidupan seharian, kalau ada yang mengingkarinya mereka adalah orang-orang yang sengaja keras kepala.
Pada saya angkara jahat ini memang boleh berlaku, ada orang yang benar-benar boleh melakukan ilmu yang salah ini, memang boleh berlaku dengan izin Allah SWT.
Ada pun sebahagiannya dilaku­kan oleh orang yang tidak mempu­nyai kebolehan tetapi sengaja melakukan temberang kononnya dia pandai ilmu pengasth, seba­Iiknya memperdayakan mangsa untuk tujuan mendapat keun­tungan.Memang berlaku, ramai yang tertipu, wang habis tetapi hajat tidak kesampaian.
Namun demikian, sama ada perbuatan itu sungguh-sungguh menjadi kerana kepakaran in­dividu tertentu atau dibuat tetapi tidak menjadi, kesemua perbuatan itu termasuk dalam perkara sihir yang ditcgah oleh syarak. Sebaiknya dielakan dan dijauhi.
Wallahu a’lam,
Nor Aryssa

Mueeza kucing kesayangan rasullullah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Mueeza ~ Kucing Kesayangan Rasulullah SAW
.
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubahBaginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
.
.
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan airwudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.
.
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.”(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمْ

.
Posted by; Nor Aryssa
~aryssa~

Saturday, November 30, 2013

Hukum Berkhadam Kepada Jin

Hukum Berkhadam Kepada Jin


bela_jinSelalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, bahkan ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia maupun di negara-negara Afrika dan sebagainya.Mereka menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti merosakkan orang, menyakiti mereka dan sebagainya.

Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuihi arahan dan perintah manusia? Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan, dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir sedia berkhidmat semata-mata supaya manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir.

Tuesday, November 26, 2013

Doa Pagi (Morning Du'a)

Ya ALLAH tersentuh hati mendengar alunan doa ini.Kau jadikanlah hidup hamba-Mu ini dgn kesabaran dan ketabahan dlm segala ujian yg di hadapi.

Saturday, November 23, 2013

Laman Sosial

''Laman Sosial ''

Pasti ramai yg mempunyai akaun twitter an.Ha...cerr ngaku.
Dah agak dah.Saya pon ada twitter juga.Anak2 muda skarang  facebook, twitter, instagram,blog 
 Apa lag korang ada...ni saya nak bagitau sikit bila kita dah ada camtu janganlah dok tayang auratmu kat laman sosial yg hang smua ado tu.Bukan cek nak jage tepi kain orang cuma nk nasihatkan aje.Terpulanglah  nak ikut atau tak,. Yang terasa tu insya Allah masih ada ketaqwaan kpd ALLAH.

Renung2 kan la Selamat Beramal 
 :D


Sunday, October 20, 2013

Hilangkan Ketumbit

Hilangkan Ketumbit

Assalamualaikum =D

Kenal apa itu ketumbit? Pernah kena? Dulu masa kecik-kecik kalau kena confirm tak nak pergi sekolah sebab takut kena boo or nganjing dengan kawan-kawan sekelas.

"Heeee... kau naik ketumbit! Kau intai anak dara sape haa?? Gatalll kau kambing"

Typical Malaysian. Naik ketumbit je kaitkan dengan intai mengintai ni. Maybe sebab orang-orang tua dulu suka mengintai pastu esoknya dengan izin Allah naik ketumbit kat mata *Toik Toik* hamekau dua dua belah mata kena, pastu keluarlah teori mengatakan naik ketumbit gara-gara mengintai orang!

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan sapa-sapa yang duk kaitnkan ketumbit dengan agenda intai mengintai ni, ketumbit disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat. Biasanya dia tumbuh kat hujung-hujung mata kat bulu mata tu. Ia akan membuatkan ketidak selesaan anda di tahap yang maksimum sebab akan rasa sakit setiap kali kelip mata. Seksa woo :( Dah la kurang menarik tertarik kau memang debomm kalau kena menda ni .. Wuuwuu

 

Dua hari lepas, masa duk tengok Running Man, tiba-tiba mata kiri rasa sengal-sengal. Setiap kali kelip mata, akan rasa sengal pastu mata jadi gatal-gatal. Dalam hati duk cakap.. jangan laa naik ketumbit.. Dah la esok ada presentation. Tak pasal nanti kena potong markah sebab naik ketumbit. Sebabnya, penampilan tak menarik.. Keh keh keh. Pastu duk google petua-petua nak hilangkan ketumbit.

Banyak sangat petua untuk hilangkan ketumbit ni, ada yang guna bawang putih, pantyliner and macam macam lagilah. Oleh kerana tak mahu ambil risiko, takut bawang leh bagi effect kat mulit muka, try guna satu cara yang insyaAllah mujarab iaitu doa.

Sambil gosok secara lembut tempat ketumbit tu:

1. Baca surah Al-fatihah 1 kali.

2. Baca doa di bawah ni 3 kali
        
"Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar, dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku”

3. Selawat 3 kali

4. Yakin kepada Allah

Aku amal doa ni banyak banyak kali. Esoknya mata macam bengkak sikit. sikit je. Alhamdulillah tak besar.
Aku tak putus asa sebab aku yakin Allah mendengar suara hati dan doa-doa hambanya.

Hari ni bangun alhamdulillah dengan izin Allah ketumbit takde. Dia tak jadi tumbuh. Alhamdulillah hanya dengan doa, aku dapat atasi ketumbit ni. Yay! Dah menarik tertarik ku memang debom balik!

Doa ni boleh juga untuk hilangkan bisul, jerawat or apa2 yang tumbuh di badan :D InsyaAllah


Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya
Berusahalah mencari penawar.
Iringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah
Insyaallah, yakin dengan kuasa Allah :)

Assalamualaikum!